Thursday, October 14, 2010

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

Kuliah pada hari Jumaat, 15 Oktober 2010 pada jam 0715 hingga 0815 pagi
SILA KLIK

Madah Hati..

TERIMA KASIH CIKGU....
Ku dedikasikan kepada semua insan bernama GURU..tanpamu tiada aku menjadi MANUSIA seperti hari dan tika ini...

Jasamu


Tanpa rasa jemu
Tanpa rasa penat
Tanpa rasa malu
Tanpa rasa sakit
Engkau terus membanting keringat
Engkau terus melontarkan suara
Demi anak bangsa merdeka
Demi negara indah tercinta
Penat lelah kau ketepikan
Segala kesulitan tidak kau hiraukan
Untuk anak didik mu ini
Engkau rela berkorban
Wang ringgit, keringat dan waktu terluang
Hanya untuk satu harapan
Harapan yang diertikan tangjungjawab
Harapan yang diertikan amanah
Yang dimana perlu dilaksanakan
Satu harapan satu tujuan
Hanya untuk melihat anak didik
Menggulung segulung kertas yang tinggi nilainya
Itulah kepuasan untuk insan bernama Guru
Terima kasih atas jasamu..........


Luahan minda,
Osman Zaini
IPS,MIRI
25/10/07
02.11 am

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

* Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
* Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
* Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
* Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.



Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog



TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu



TEKNIK LATIH - TUBI

* Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
* Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
* Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
* Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
* Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
* Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
* Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

1. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
2. Tatabahasa (grammer)

-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
3. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
4. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
5. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

* Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
* Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
* Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.



TEKNIK SIMULASI

* Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
* Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
* Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
* Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
* Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.



TEKNIK MAIN PERANAN

* Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
* Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
* Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
* Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.



TEKNIK SUMBANGSARAN

* Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
* Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
* Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.



Tujuan Sumbangsaran

* Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
* Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
* Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
* Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
* Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
* Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
* Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
* Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
* Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
* Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
* Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan





TEKNIK PERMAINAN BAHASA

* Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
* Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
* Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
* Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
* merangsang interaksi verbal pelajar
* menambah kefasihan dan keyakinan
* menyediakan konteks pembelajaran
* bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
* bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan





TEKNIK SOAL – JAWAB

* Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
* Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
* Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
* Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
* Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

* Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.



TEKNIK BERCERITA

* Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
* Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
* Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
* Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
* Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
* Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
* Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
* Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
* Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
* Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
* Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
* Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
* Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.



TEKNIK DRAMA

* Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
* Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
* Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
* Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
* Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
* Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.



TEKNIK INKUIRI

* Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
* Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
* Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
* Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
* Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
* Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa



TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.



TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN

1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ

* Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
* Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
* Tujuannya ialah :
* Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
* Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
* Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
* Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
* Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
* Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
* Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
* Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Rujukan :
http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

LATIHAN

OSMAN ZAINI
PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEM 6
Latihan
1. Nyatakan ciri – ciri portfolio
- Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
- Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
- Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
- Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
- Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

2. Nyatakan sebab mengapa penialain secara portfolio perlu dilakukan secara berterusan.
• Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
• Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
• Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

3. Nyatakan 3 jenis portfolio.
- Porfolio kerja harian
- Portfolio hasil terbaik
- Portfolio dokumen.

4. Nyatakan cara pelaksanaan penilaian melalui pemerhatian.
• Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
• Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
• Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
• Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
• Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
• Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
• Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
• Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
• Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
• Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
• Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
• Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
• Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
• Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
• Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
• Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
• Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
• Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
• Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
• Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
•Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

5. Rekod anekdot dapat digunakan untuk menilai kecekapan dan kecerdasan individu dalam bidang – bidang tertentu. Nyatakan 5 bidang tersebut.
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal


Kecekapan Linguistik
• Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
• Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
• Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
• Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
• Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
• Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.





6. Berikan satu perbezaan antara ujian sumatif dan formatif dari segi pekanan.
Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

7. Nyatakan perbezaan antara ujian kefasihan dan ujian kemajuan.
Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang satu tajuk tertentu.


Pengiraan
 Indeks kesukaran item (K)= Skor Purata
Skor Maksimum

Soalan 8
1. Dalam satu ujian data-data berikut telah diperoleh.
a) Daripada 55 pelajar, 15 pelajar berada di dalam kumpulan pelajar cerdas, 25 sederhana dan selebihnya lemah. Berapa bilangan murid lemah?

b) Bagi soalan esei 2a) yang markah maksimumnya ialah 15, min bagi pelajar cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah adalah seperti berikut:
Kumpulan Murid Min
Cerdas 10.5
Sederhana 7.25
Lemah 3.785

Kirakan indeks diskriminasi dan indeks kesukaran bagi soalan esei 2a).

c) Bagi item aneka pilihan 1, 3 dan 5, data-data berikut diperoleh. Item 1 jawapan ialah B, bilangan pelajar yang jawab dengan betul ialah 15 daripada kumpulan cerdas, 25 kumpulan sederhana, 15 pelajar lemah. Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 1.

d) Bagi item 3 yang jawapannya D. Tiada seorang pun daripada kumpulan cerdas jawab dengan betul. Semua murid kumpulan lemah dan sederhana jawap dengan betul. Kira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

e) Jawapan A. Tiada mana-mana murid jawap dengan betul. Kira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

f) Semua murId jawap dengan betul. Kirakan indeks diskriminasi dan indeks kesukaran




g) Kirakan kekuatan penganggu bagi item 9 dengan data berikut:
Kumpulan murid Cerdas Sederhana Lemah Jumlah murid
A 1 3 3 7
B 2 2 0 4
C 2 15 0 17
D 10 5 12 27
Jumlah murid 15 25 15 55

Daripada data di atas, dapat diramalkan bahawa jawapan yang betul adalah D kerana ramai murid cerdas memilihnya. Oleh yang demikian, ospyen A, B dan C merupakan pengganggu.

MEMILIH ITEM UJIAN

MEMILIH ITEM UJIAN
[ Bagaimana Di Katakan Item Ujian Berfungsi ? ]

Kandungan ujian adalah kriteria yang penting dalam menentukan pemilihan ujian “norm-reference” atau pun ujian “criterion-reference”. Kandungan ujian norm-reference biasanya mengukur perbandingan pencapaian pelajar berkemampuan tinggi dengan pelajar berkemampuan rendah manakala kandungan ujian berasaskan kriteria ditentukan dengan bagaimana kandungan ujian tersebut dapat mengukur hasil pembelajaran yang difikirkan mustahak. Walaupun tiada ujian dapat menyatakan yang mana satu adalah penting atau mustahak, kandungan yang ditentukan dalam ujian berasaskan kriteria adalah dipilih berdasarkan kepentingan kurikulum sementara kandungan ujian norm-reference adalah dipilih berdasarkan sejauhmanakah ujian tersebut dapat membezakan atau membandingkan pelajar.
Mana-mana ujian nasional, negeri maupun daerah akan memaklumkan tahap kemahiran yang patut diperolehi dan tahap pencapaian yang memuaskan. Oleh itu, mana-mana pegawai pendidikan seharus dan sepatutnya memberi tumpuan utama terhadap memilih kandungan ujian yang sesuai atau yang dibentuk. Bagi penduduk Malaysia yang mementingkan skoran yang tinggi, kandungan ujian berpusat akan mempengaruhi pembangunan kurikulum matapelajaran dan piawaian ditahap cemerlang.
Ujian norm reference yang sedia ada dikatakan menumpukan kemahiran asas tahap rendah . Kenyataan ini adalah bertentangan dengan cadangan penyelidikan mengenai pengajaran dan pembelajaran yang mahukan pendidik menumpukan kepada konsep kefahaman dan aplikasi kemahiran. Bagi memastikan penyediaan ujian pencapaian piawai, pendidik biasanya akan menumpukan masa pengajaran dengan mengajar apa yang terdapat didalam ujian yang bakal di hadapi. Ini ada kebenarannya terutama jika ujian yang dijalankan akan mengukur pencapaian dan kebolehan pendidik tersebut. Desakan yang mahukan pelajar mendapat keputusan cemerlang, memberi tekanan keatas pendidik yang menyebabkan pelajar memperolehi tahap kemahiran yang rendah.
Bagi membolehkan pengetahuan bersama, artikel ini akan cuba memberi sedikit perkongsian pengetahuan dan adalah terbuka kepada perbincangan. Contoh yang akan digunakan adalah contoh item subjektif dari mata pelajaran vokasional Membuat Perabot. Kebiasaannya, sebelum sesuatu ujian diterima dan diguna pakai untuk tujuan peperiksaan, pendidik hendaklah menjalankan pra-ujian keatas pelajar-pelajar.
Item-item ini biasanya dibina ketika mesyuarat perealisasian item. Panel pembina item yang adalah terdiri dari guru-guru yang terpilih dikalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Membuat Perabot di sekolah berkaitan. Item dibina mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah di perakui Lembaga Peperiksaan Malaysia dan guru-guru terlibat akan memulakan kerja membina item di mesyuarat tersebut. Panel akan mula menetapkan item ujian yang telah dipersetujui dengan menyemak samada item ujian menepati konstruk dan kandungan konteks dan mematuhi kriteria sembilan point.

Setelah dipersetujui, panel of review (yang biasa terdiri dari Ketua Bidang/Ketua UNIT dan empat hingga lima pegawai unit) akan menjalankan proses menyemak (review). Setelah diterima oleh panel of review barulah item ujian yang telah diperakui dihantar untuk dicetak dan diberikan kepada pegawai pembina yang kemudiannya akan menjalankan pra-ujian disekolah-sekolah yang dilawati.

Selepas tamat lawatan pra-ujian disekolah, pegawai pembina akan akan mengambil data skoran yang diperolehi dari guru/pemeriksa kertas dan dengan mengunakan kaedah menganalisa item subjektif dari Unit Psikometri (OGIF 2003/2004), pegawai pembina akan menganalisa data skoran yang diperolehi dan memaklumkan keputusan hasilan kepada Ketua Sektor Pembinaan dan Pengeluaran Ujian untuk tindakan selanjutnya. Kebiasaannya, jika item ujian tidak memenuhi kehendak spesifikasi, item ujian akan diganti, dibina semula ataudibuang jika perlu.

Bagaimana dikatakan item ujian tersebut berfungsi seperti yang dikehendaki ? Sebagai contoh permulaan dua item aras kesukaran rendah, satu item aras kesukaran sederhana dan satu item aras kesukaran tinggi akan digunakan untuk menerang maksud. Item-item ini telah di uji keatas pelajar di beberapa sekolah menengah vokasional yang menawarkan mata pelajaran vokasional Membuat Perabot.
Dari dapatan analisa skoran, tumpuan adalah keatas perkadaran (nilai P), indeks diskriminasi (nilai ID) dan nilai delta.

Indeks S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 S15 Skor
Aras Kesukaran R R R R R R R R R R S S S T T
N (Jumlah Skor) 269 362 258 203 277 221 278 451 144 102 451 75 253 207.5 90 3641.5
P (Perkadaran) 0.485 0.630 0.457 0.369 0.490 0.395 0.510 0.791 0.257 0.210 0.410 0.082 0.234 0.218 0.099 0.314
IC (Indeks Cuba) 0.905 0.940 0.922 0.897 0.922 0.914 0.888 0.931 0.914 0.784 0.897 0.733 0.879 0.767 0.733 0.948
(ID)Indeks Diskriminasi 0.246 -0.225 -0.076 0.258 0.258 0.067 0.125 0.198 0.706 0.630 0.285 -0.069 0.161 -0.028 0.053 0.329
Nilai Delta 13.2 11.7 13.5 14.4 13.1 14.1 12.9 9.8 15.7 16.2 13.9 18.5 16 16.2 18.4 15


Jadual 1. Contoh Data Analisa Skoran Pra-Ujian Mata Pelajaran Membuat Perabot
Pegawai pembina akan menganalisa dan menginterpretasikan setiap item ujian yang diperolehi. Untuk perbincangan, S2R, S6R, S8R, S12S, S13S dan S15T akan digunakan.
Perkadaran (Nilai P)
Nilai P boleh digunakan untuk memberi ukuran aras kesukaran item (Dr.Jamil,2004).
Untuk menerangkan maksud jadual, nilai P bagi S2R adalah 0.630, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 63.0 %, ini memberi erti 63.0% pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S6R adalah 0.395, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 39.5 %, ini memberi erti 39.5 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S8R adalah 0.791, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 79.1 %, ini memberi erti 79.1 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S12S adalah 0.082, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 8.2 %, ini memberi erti 8.2 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S13S adalah 0.234, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 23.4 %, ini memberi erti 23.4 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S15T adalah 0.099, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 9.9 %, ini memberi erti 9.9 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai Delta
Nilai Delta ialai nilai P bagi setiap opsyen yang telah ditukar kepada skor mentah kepada skor standard dengan min 13 dan sisih piawai 4. Nilai Delta juga memberi ukuran aras kesukaran item atau ujian. Semakin kecil nilai P, semakin sukar item atau ujian m manakaln bagi nilai Deltam semakin kecil Delta semakin mudah item atau ujian. Item yang dianggap sederhana mudah ialah yang mempunyai nilai Delta 13.0. (OGIF 2004, pp12)
Jadual 2, menunjukkan dapatan nilai P bagi S2R, S6R, S8R, S12S, S13S dan S15T dengan menggunakan Jadual Nilai Delta.

Item Ujian Nilai P Nilai Delta
(Indeks Kesukaran) Penilaian Item
S2R 0.63 11.7 Mudah tetapi boleh terus digunakan
S6R 0.395 14.1 Sederhana dan boleh terus digunakan
S8R 0.791 9.8 Mudah. Boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
S12S 0.082 18.6 Terlalu sukar. Tidak sesuai digunakan
S13S 0.23 16.0 Sukar. Boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
S15T 0.099 18.4 Terlalu sukar. Tidak sesuai digunakan

Jadual 2 Penilaian Item -Dapatan Nilai P


Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi ialah indeks yang memberi ukuran sejauh mana ujian dan item-item mendisrikinasikan calon berkebolehan tinggi daripada yang sebaliknya. Semakin tinggi nilai indeks tersebut semakin baik ujian atau item tersebut dapat mendiskriminasikan calon. Indeks diskriminasi ujian diberi oleh nilai min r-point biserial iaitu koeffisen korelasi di antara skor item dengan jumlah skor. Ukuran ini dapat memberi maklumat tentang kepelbagaian skor yang diterima oleh pelbagai jenis dan kebolehan calon. Lembaga Peperiksaan Malaysia memberi penilaian ke atas nilai-nilai indeks diskriminasi seperti berikut :
Indeks Diskriminasi Penilaian Item
0.4 ke atas Sangat Baik
0.30 hingga 0.39 Baik dan boleh terus digunakan
0.20 hingga 0.29 Baik tetapi mungkinboleh diperbaiki dan diprauji semula sebelum digunakan
0.15 hingga 0.19 Item ini boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
0.14 ke bawah Sangat tidak baik. Item ini perlu ditolak atau dikaji semula

Jadual 3. Perbandingan Nilai Indeks Diskriminasi dengan Jadual Penilaian Item

Rujukan :
http://mamo60.tripod.com/memilihitemujian.htm

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Hale, 1980
“A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" .
Kubiszyn dan Borich (2003)
Jadual Spesisikasi Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan diukur.
Langkah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian:
1) Mengkaji sukatan pelajaran
2) Menentukan jenis soalan
3) Menentukan bilangan soalan
4) Menganalisis objektif pengajaran


1) Mengkaji sukatan pelajaran
Aspek-aspek yang dikaji:
© Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
© Pendekatan yang telah diambil dalam sesuatu tajuk
© Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
© Kompleksitisesuatu tajuk
© Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2) Menganalisis Objektif Pengajaran.
© Obejktif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
© Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom .
3) Menentukan jenis soalan.
© Domain objektif pengajaran (kognitif, afektif, psikomotor) dan peringkat objektif pengajaran perlu dtentukan terlebih dahulu sebelum menentukan jenis soalan.
4) Menentukan Bilangan Soalan
© Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran, dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
© Jumah soalan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan suatu ujian.
© Penentuan jumlah soalan perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan dan kemampuan bahasa pelajar.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian
© Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
© Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
© Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
© Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
© Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan lain.


Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual spesifikasi ujian bagi ujian adalah :
(1) keseimbangan sasaram ujian
(2) keseimbangan tahap pembelajaran
(3) format ujian
(4) jumlah item
(5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran
(6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja

Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl
Taksonomi Bloom
• Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
• Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
• Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
• Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.
• Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)
• Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)
• Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.
• Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
• Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)
Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)
• Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.
• Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.
• Tiga aras penting :
1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)
• Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
• Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.
Aplikasi
• Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
• Objektif :
1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.
• Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
• Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.
Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)
• Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
• Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
• Cth :
1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
• Objektif
1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?
• Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.
Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)
• Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
• Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
• Objektif :
1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis
• Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.
• Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.
Penilaian
• Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.
• Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.
• Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.
• Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.
Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.
• Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.
• Cth :
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.
Domain Afektif Kalthwohl 1964

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
• Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
• Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
• Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
• Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan
Penerimaan
• Keinginan dan kesanggupan menerima
(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
• Kesedaran
(faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
• Perhatian terkawal
(kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)
• Objektif am :
1. Mendengar dengan berhati-hati.
2. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
3. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
4. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
5. Mengambil bahagian dalam aktiviti.
• Hasil pelajaran spesifik :
1. Menyoal
2. Memilih
3. Menghuraikan
4. Mengikut
5. Menamakan
6. Menggunakan
Bertindak balas
• Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.
• Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.
• Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
• Terdapat 3 kategori :
1. Persetujuaan membalas
(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)
2. Kesediaan membalas
(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
3. Kepuasan
(Mencapai objektif )
• Objektif
1. Am
• Melengkapkan kerja
• Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
• Seronok membantu rakan
• Melakukan tugas secara sukarela.
2. Spesifik
• Dapat menulis isi pelajaran
• Menjawab soalan
• Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)
Menilai
• Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
• Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
• Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.
• Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)
• Kategori
1. Penerimaan
- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
2. Pilihan
- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
3. Penglibatan
- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.
Organisasi
• Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
• Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
• Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
• Kategori
1. Penenggapan
-Mampu mencipta konsep anstrak.
2. Organisasi
- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.
Perwatakan
• Perubahan tingkah laku positif.
• Kategori
1.Set up – mengekalkan nilai-nilai
2.Perwatakan – disiplin diri.
Bahan dipetik dari :
• umplib.ump.edu.my/images/asdc/utec_PENILAIAN_pkk.ppt
• missjacqdagreat.files.wordpress.com/2010/07/lecture2.ppt
• smkn2sekayu.sch.id/bse/.../ADAPTIF.../TAKSONOMI%20BLOOM.ppt
• http://www.slideshare.net/niena17/pembinaan-soalan/download

INTERAKSI 6 : Kaedah Penilaian Bahasa

Kaedah Penilaian Bahasa

1. Penilaian Melalui Portfolio.

2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.

4. Penilaian Melalui Soal Jawab.

5. Penilaian Melalui Projek.

6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.


Penilaian Melalui Portfolio.

Apakah portfolio?

· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.

· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.



Penilaian Portfolio

· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.


1. Portfolio Kerja Harian

· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

· Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

2. Portfolio Hasil Terbaik

· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

· Berbentuk sumatif

· Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen

· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

· Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.


Kegunaan Portfolio

· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.



Bagaimana Portfolio dinilai?

· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.


Merekod Penilaian Portfolio

* Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
* Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.






Penilaian Melalui Pemerhatian

· Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

· Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

· Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

· Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

· Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

· Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian

2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian

4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

· Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

b) Menjalankan Tugasan

· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindakan Susulan

· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

· Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

3. Muzik

4. Kecekapan (body khanisthetic)

5. Kecekapan intrapersonal

6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

· Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

· Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.


Jenis pemerhatian

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

II. Menggunakan senarai semak.

III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

INTERAKSI 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

JENIS PENILAIAN BAHASA

1. Ujian Formatif

2. Sumatif

3. Ujian Kefasihan

4. Kemajuan

5. Ujian Bakat

6. Pencapaian

Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian Sumatif

Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.


Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

INTERAKSI MINGGU 1 : PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

INTERAKSI MINGGU 1 : PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Program : PISMP IPGM
Kursus : Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Pengajian : PISMP-IPGM ambilan Januari 2008
SEMESTER 6
Kod : BMM3103
Tahun 3
Kredit : 3(2+1)

PENILAIAN

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran guru. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang guru bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Pengertian Penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat guru mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian terhadap keberkesanan pengajarannya.


PENTAKSIRAN/ PENGUKURAN
Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Manakala pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.

Tujuan Pentaksiran
• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
• Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran


PENGUJIAN

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu tugasan. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.


Diagnosis

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauh mana pengajaran berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran pensyarah boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.

Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti aliran yang sesuai dengan murid.

Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar.

Rujukan :
Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:
Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins

http://www.slideshare.net/artventure/bmm-3103pengertian-dan-konsep

Salam Pendidik Semua Warga Institut..

Asslamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam " Satu Malaysia".
Alhamdullillah.. kita masih diberi kekuatan untuk bersama meneruskan perjuangan kita dalam menggapai impian bergelar seorang insan yang mulia iaitu guru. Tujuan penghasilan blog ini adalah untuk perkongsian ilmu antara kita dikalangan pendidik ini. Moga dengan perkongsian ilmu dan pertambahan ilmu dapat meningkatkan kualiti dan minat kita semua kepada professian perguruan ini. Kepada semua sahabat - sahabat guru pelatih semua, kita lakukan yang terbaik dan buktikan kepada semua bahawa kita adalah insan cemerlang dan gemilang. Tidak dilupa kepada barisan pensyarah, harapan dan bimbingan dari mereka amat kami perlukan dan hargai dalam proses membentuk kami menjadi insan yang layak bergelar "GURU".