Saturday, August 25, 2012

Hidup ini hanya sekali

Insaflah
Satu persatu aku amati
Hanya mata ligat memerhati
Memandang penuh erti
Adakah mereka itu jalan kembali
Sedarkah mereka juga akan mati
Kembali menyembah Illahi
Sudah dua tiga tumbang
Merebah diri mencium tanah
Perginya mereka hanya sia-sia
Apa makna kehidupan mereka
Apa makna perjalanan mereka
Kesian..
Sedih..
Kecewa..
Hanya aku mampu memerhati
Sambil bibirku berbicara
Memanjat doa kepada Illahi
Bukalah hati insani itu
Mengenang dan mengingatiMu
Aku sematkan doa untuk kalian...

Luah rasa
Osman Zaini
8 Syawal
26 Ogos 2012