Sunday, September 25, 2011

ABSTRAK

PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN :

KAEDAH LAKONAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

OLEH :

OSMAN BIN ZAINI

PENYELIA :

PUAN LAWA SULTAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah lakonan dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta meningkatkan minat murid semasa mengikuti aktiviti lakonan dalam topik Sayangi Keluarga. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat di salah sebuah sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia di bahagian Miri, Sarawak. Sampel kajian dipilih secara bertujuan terdiri daripada kumpulan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama dan berdasarkan pemerhatian pengkaji sepanjang kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan pos, pemerhatian tidak berstruktur, catatan refleksi pengkaji dan temubual tidak berstruktur. Berdasarkan tinjauan awal pengkaji hasil dari temubual, mendapati murid – murid sentiasa merasa bosan, tidak minat dan tidak mementingkan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Justeru, pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang efektif, kreatif dan mampu menarik serta meningkatkan minat murid terhadap subjek ini iaitu menerapkan kaedah lakonan dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa penerapan kaedah lakonan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat menarik dan meningkatkan minat murid selain dapat menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the effectiveness of acting in the process of learning and teaching in the Sivik dan Kewarganegaraan subjects and increase students’ interest while involving in the acting activities on the topic ofFamily Love”. This research involved five students from primary four in one of the schools of the Ministry of Education of Malaysia in Miri, Sarawak. Research sample was purposely selected consisting of a group of students with similar level of performance and based on observations during the period of the research. Research instruments used are the pre and post tests, unstructured-observations, researcher reflection notes, and unstructured interviews. Based on result of the initial survey by the researchers, it is found that the students are bored, not interested and does not take seriously. Thus researchers proposed an effective and creative method to increase the students’ interest on the subject by introducing the acting method in the learning and teaching process of the subject. The results showed that the application of acting in teaching and learning process can attract and increase student interest as well as to encourage them to think creatively in learning the subject.

Thursday, September 22, 2011

Kajian Tindakan - Satu Pengertian

2.0 Bahagian ini cuba menjelaskan dengan lebih lanjut tentang KajianTindakan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan kajian tindakan dijadikan panduan dalam membuat penjelasan ini.

2.1 Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.

Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.

Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari K-ementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar.

Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains?

Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.

Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar".

Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian •untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.

2.2 Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.

2.2.1 Pengembangan Profesionalisme Guru

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.

Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.

K.ajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.

2.2.2 Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar

Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

2.2.3 Tujuan Kajian

Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.

Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:

• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.

• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.

Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.

Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:

• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.

• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.

Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

2.2.4 Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan

Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.

RAJAH kt

Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.

Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan.

Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.

2.2.5 Mengubah Amalan Mengajar

Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?

Langkah-langkah P&P melalui K-ajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.

Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.

Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.

2.2.6 Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik

Guru yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.

2.2.7 Perkongsian Maklumat

Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan. Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.

2.2.8 Memahami Proses Pembelajaran

Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru. Perhatikan contoh-contoh dibawah.

• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.

• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.

Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.

Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.

2.2.9 Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran

Berbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. K.ajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.

2.2.10 Mengutip Dan Menganalisis Data

Kajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat.

Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu.

Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebihjelas.

2.2.11 Usaha Berpasukan

Guru boleh melaksanakan K-ajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.

Peranan berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandangan yang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data.

Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.

Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran. Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru.

Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan.

Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang khususnya pada waktu senggang.

Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea dan pengalaman.

2.2.12 Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang

'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program ^enyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.

2.3 Kesimpulan

Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.

Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.

Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.

Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.

Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.

BAHAN DIPETIK DARI LAMAN WEB :

http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm

DEFINISI LAKONAN

DEFINISI LAKONAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan seni sebagai halus (kecil,elok), tipisdan halus. Seni juga diertikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain yangdicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan.Kesenian pula diertikan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan ataukehalusan.Di Malaysia, Indonesia, dan Thailand terdapat satu istilah kesenian yang di kongsi bersamatetapi membawa maksud yang berbeza. Istilah itu ialah "lakon". Di Malaysia dan Indonesia"lakon" membawa maksud cerita yang dipentaskan. Di Thailand pula istilah yang samamembawa maksud tarian. Secara amnya, dalam kebudayaan masyarakat rantau asia tenggaraterdapat serangkaian bentuk seni yang melibatkan gerak geri atau perlakuan manusia yangditonton oleh manusia lain. Didalam kamus dewan pula diertikan sebagai seni mengenailakonan pentas (sandiwara).Dalam bahasa inggeris rangkaian seni ini biasanya di sebut 'performing art' atau kadang kala'theatre' dalam pengertian yang luas. Dalam bahasa Melayu kini teater dalam pengertian yangluas juga disebut 'seni lakon' dan dikira sebagai meliputi drama, muzik, dan tarian. (FatimahAli,1990: 2)Seniman dan seniwati pula diertikan sebagai orang yang mempunyai bakat seni dan dapatmencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seni itu, seperti pelukis, penyair,penyanyi, dan sebagainya. Juga diertikan sebagai bintang filem (lelaki dan wanita) yang telahlama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap tertentu.

JENIS LAKONANARTISTIK

Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnyadalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta inidibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarahterpaksa mengarahkan pelakon ± pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada ± adakan.

REALISTIK

Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapansehari ±hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubunagan jenis lakonan artistik dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orangberjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.

http://htmlimg2.scribdassets.com/3dsi6wkxc0vwoe6/images/1-9dafa5b5b2.jpghttp://htmlimg2.scribdassets.com/3dsi6wkxc0vwoe6/images/1-9dafa5b5b2.jpg


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan seni sebagai halus (kecil,elok), tipis dan halus. Seni juga diertikan sebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Kesenian pula diertikan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalusan. Di Malaysia, Indonesia, dan Thailand terdapat satu istilah kesenian yang di kongsi bersama tetapi membawa maksud yang berbeza. Istilah itu ialah "lakon". Di Malaysia dan Indonesia "lakon" membawa maksud cerita yang dipentaskan. Di Thailand pula istilah yang sama membawa maksud tarian. Secara amnya, dalam kebudayaan masyarakat rantau Asia Tenggara terdapat serangkaian bentuk seni yang melibatkan gerak geri atau perlakuan manusia yang ditonton oleh manusia lain. Didalam Kamus Dewan pula diertikan sebagai seni mengenai lakonan pentas (sandiwara). Dalam bahasa Inggeris rangkaian seni ini biasanya di sebut 'performing art' atau kadang kala 'theatre' dalam pengertian yang luas. Dalam Bahasa Melayu kini teater dalam pengertian yangluas juga disebut 'seni lakon' dan dikira sebagai meliputi drama, muzik, dan tarian. (FatimahAli,1990: 2) Seniman dan seniwati pula diertikan sebagai orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seni itu, seperti pelukis, penyair,penyanyi, dan sebagainya. Juga diertikan sebagai bintang filem (lelaki dan wanita) yang telah lama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap tertentu.

JENIS LAKONAN ARTISTIK

Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya dalam sebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata cerita cinta ini dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon - pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diadakan.

REALISTIK

Ini gerak geri biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan sehari - hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas. Hubungan jenis lakonan artistik dengan realistik bolehlah diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.


WATAK PARADOKS

Ertinya melakonkan banyak watak. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon sebagai seorang lanun yang ganas, Kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta memainkan watak lain seperti menyamar menjadi peminta sedekah dan dalam adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.

PENGUCAPAN

Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara langsung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya .Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon itu dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton tanpa dibantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara, itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi. Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialah tidak semua orang memiliki suara pentas. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana. Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat - syarat kesempurnaan pementasan drama. Ditanah air, syarat kesempurnaan sering menjadisyarat penting dalam pementasan drama. Sebab - sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu serta tidak menyedari hal tersebut. Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku dimana para pengarah atau jawatankuasa pemilihan pelakon tidak berdasarkan pemilihan calon pelakon kerana suara pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan, menarik dan lain- lain lagi walaupun suaranya kurang bagus.

PERASAAN

Dalam hal ini, pelakon berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Apabila pelakon muncul di pentas, maka perasaan yang ada dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan dan sedang menghadapi ramai penonton. Dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi boleh membuat gerak geri dan bercakap sesuka hatinya seperti diluar panggung. Jika perasaan itu tidak dikuasai dalam dirinya bermakna dia masih mengingat atau berperasaan seperti biasa . Untuk menguasai perasaan ini bukanlah satu kerja mudah. Ini kerana kita memerlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang bersemangat. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang berlawanan dari perasaan yang dikehendaki oleh cerita, yang lembut jadi kasar, yang tenang jadi gopoh, yang gembira jadi duka dan seterusnya. Oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peraturan atau tatatertib yang sebaik - baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.

SENI KATA

Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lancar,menguasai tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut balas dengan pelakon lain yang dilawan bercakap. Selain itu penguasaan seni kata juga perlu apabila seni kata itu dihubungkan dengan teknik lampu, muzik, bunyi latar belakang dan lain - lain. Paling penting penguasaan seni kata yang dihubungkan dengan mimik muka, gerak geri dan menghala kepada penonton . Ini termasuk juga kesan pengucapan seni kata itu kepada penonton. Terutama apabila sampaiseni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak - bahak, tentunya pelakon melayani kesan - kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon bijak menokok tambah gerak gerinya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa.

GERAK GERI

Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak geri yang dihidupkan diatas panggung sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah, memujuk atau merayu . Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui dikawasan mana dia sedang berdiri sama ada kawasan tengah ( bahagian depan ), kawasan sederhana ( bahagian tengah ) atau kawasan over acting ( bahagian belakang ). Namun biar apapun gerak lakon yang dibuatnya, jangan lupa hubungannya secara langsung kepada penonton. Misalnya gerak geri geram sebagai pembunuh, biasanya keris dijunam kedalam perut mangsa atau mangsa diseksa terlebih dahulu dan lain - lain lagi.

TEKNIK LAKONAN

Di dalam dunia lakonan ada beberapa teknik yang dapat membantu anda untuk memahami watak yang akan dibawakan anda. Saya percaya setiap pelakon mahu melakonkan sesuatu yang boleh diterima baik oleh penonton. Di sini terdapat beberapa teknik yang ringkas yang saya anggap sebagai formula dan anda mampu mengaplikasikannya dalam lakonan anda.

5W 1H*

Who - siapa*

Where - di mana*

When - bila*

What - apa*

Why - kenapa*

How – bagaimana

Who

Siapa dia watak yang anda perlu bawakan. Kenali watak itu dengan membuat biodata tentang watak itu berdasarkan pemahaman kamu megikut skrip.

Where

Di mana tempat watak itu. Kamu harus tahu sekiranya watak itu datang dari tempat lain dan ingin kemana. Kamu perlu sedar siapa lagi yang ada di tempat itu.

When

Masa yang ditetapkan. Sama ada pagi, petang dan lain-lain. Mesti cari masa yang paling spesifik termasuk tarikh pada ketika itu.

What

Apa yang telah berlaku pada ketika itu. Apa yang telah terjadi pada watak itu. Senaraikan jika berlakunya konflik pada ketika itu.

Why

Jika berlaku sebarang konflik atau tiada konflik kamu harus tahu kenapa terjadinya perkaraitu.

How

Di sini kamu harus tahu bagaimana pula terjadi kenapa di atas. Kamu harus mencari punca-punca konflik itu.

Formula ini tidaklah begitu susah untuk kamu aplikasikan pada watak kamu. Kamu bolehmemulakannya dengan menyenaraikan perkara di atas mengikut pemahaman skrip.Senaraikan perkara yang wajib. Maksud saya karakter watak kamu yang telah diberikandalam skrip. Penambahan karekter yang kamu rasa boleh membantu menguatkan watak kamubolehlah kamu bincangkannya bersama pengarah kamu.

RUJUKAN

Suhaina Hj Mat Ludin, Razaleigh Muhamat @ Kawangit & Anisah Bahyah. 2006.Seni membentuk nilai murni. Prosiding Seminar Serantau Dakwah Dan Kesenian 2006. Selangor