Sunday, February 19, 2012

KSSR - SATU DIMENSI BARU DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA

(A). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

· Pembangunan modal insan

· Penghasilan pelajar celik minda

· Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

· Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

· Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

· Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.


Hasrat Pendidikan

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21

- Dasar Pendidikan Kebangsaan - Model Baru Ekonomi (MBE)

- Wawasan 2020 - Teori Pembelajaran

- Rounded Rectangle: Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi: •   Berilmu Pengetahuan  •   Berketrampilan  •   Percaya kepada Tuhan  •   Berakhlak Mulia  •   Berkeyakinan  •   ‘Independent learner’Rangka Rancangan Jangka Panjang - 4 Pillars of Education








Rounded Rectangle: Warga Negara Bertanggung jawab : •   Berbudi  •   Bersatu padu  •   Patriotik  •   Adil  •   Penyayang  •   Berbakti


CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

· Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira

· Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif

· Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

· Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni

· Jati diri dan semangat patriotisme

· Memahami dan menghayati budaya nasional

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

· Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

· Berasaskan Prinsip KBSR:

- Pendekatan bersepadu

- Perkembangan individu secara menyeluruh

- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

- Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global

Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul

Bahasa Malaysia

Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris

Able to express personal response to literary texts

Bahasa Inggeris

Able to respond to:

a. Book covers

b. Pictures in books

c. Characters

with guidance

Matematik

Menama dan menentukan nilai nombor

Matematik

Menamakan nombor hingga 100:

a. Membilang objek dalam kumpulan.

b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

Mengapa Standard?

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

BIL

MODUL

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SK

SJKC

SJKT

MODUL TERAS ASAS

1

Bahasa Malaysia

360

300

300

2

Bahasa Inggeris

300

150

150

3

Bahasa Cina

360

Bahasa Tamil

360

4

Pendidikan Islam

180

120

120

Pendidikan Moral

5

Pendidikan Jasmani

60

60

60

6

Pendidikan Kesihatan

30

30

30

7

Matematik

180

180

180

MODUL TERAS TEMA

8

Dunia Seni Visual

60

60

60

Dunia Muzik

30

30

30

Dunia Sains dan Teknologi

60

60

60

MODUL ELEKTIF

9

BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*

90

Perhimpunan

30

30

30

Jumlah

1380

1380

1380









Bahan Kurikulum

1. Dokumen Kurikulum

2. Buku Teks

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Berpendekatan Modular

Pedagogi

Kemahiran Berfikir

Belajar Cara Belajar

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelanjaran Secara Konteksual

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pengajaran Berasaskan Masa Depan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)


Pentaksiran P&P

v Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

v Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai

v Bersifat autentik dan holistik

Kesimpulan

q Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;

q Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan

q Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan

(B). LAWATAN PENYELIAAN & PEMANTAUAN BERKELOMPOK

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

  1. Modus Operandi
  1. Semua pegawai dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh :-

Kumpulan A - Tuan Mohd. Isah Bin Ismail - Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Kumpulan B - En. Mohd. Saflan Bin Abd, Manaf - Ketua Unit Kurikulum

(senarai lengkap dilampir)

  1. Setiap kumpulan terdapat seorang penolong ketua, jika ketua kumpulan tidak dapat hadir secara automatik penolong akan mengambil alih tugas ketua.

  1. Urusetia setiap kumpulan dilantik secara bergilir.

  1. Urusetia diminta menghubungi pihak sekolah yang akan dilawati selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Hubungi ketua dan ahli dalam kumpulan sebagai peringatan. Surat menyurat diuruskan oleh setiausaha.

  1. Urusetia perlu mendapatkan sampul kecil dari setiausaha yang mengandungi :-

i. Senarai kehadiran pegawai

ii. Borang rumusan pemantauan

iii. Borang pencerapan P & P guru

· Instrumen penyeliaan dan pemantauan – gunakan instrument bidang masing-masing

  1. Semua pegawai diminta berada di sekolah selewat-lewatnya jam 8.30 pagi dan melapor kepada Guru besar atau Pengetua.

  1. Sessi lawatan boleh dimulakan dengan taklimat pihak sekolah atau ketua kumpulan- jika ada atau jika perlu

  1. Pemantauan & penyeliaan dijalankan

  1. Semua ahli lawatan memberikan pelaporan kepada ketua. Pelaporan dibuat oleh ketua dan ahli rombongan kepada pentadbir sekolah dan jika perlu kepada semua guru.

  1. Urusetia diminta memulangkan sampul kecil yang semua borang lengkap berserta rumusan pelaporan kepada setiausaha selewat-lewatnya selepas 2 minggu tarikh pemantauan.

  1. Setiausaha akan menghantar salinan rumusan pelaporan kepada :-

- Ketua Sektor Pengurusan Akademik

- Guru besar / Pengetua sekolah berkenaan

*pihak sekolah perlu memberi tindak balas kepada Unit Kurikulum

JPNS dalam masa 2 minggu selepas pelaporan diserahkan.

- Fail LPPBSPA

-

Senarai Tugasan

Bil

Pegawai yang terlibat

Aspek yang dipantau

Catatan

1

Ketua Kumpulan

Fail Jawatan Kuasa Kurikulum

Buku Rekod Mengajar Guru Besar atau Pengetua

Rekod penghantaran Buku Rekod Mengajar guru

Rekod Kehadiran guru

Pelan Strategik sekolah

2

Penolong Ketua Kumpulan

Buku Rekod Mengajar GPK ( Akademik, HEM, Koko )

Fail Pencerapan P & P

Fail Latihan Perkembangan Staf

Fail Peperiksaan Dalaman & Awam

Fail Semakan Buku Latihan & Buku Nota

Jadual waktu Kelas & Persendirian

3

Pegawai Akademik lain

Pencerapan P & P

Buku Rekod Mengajar Guru Mata pelajaran

Fail Panitia Mata pelajaran

Buku Nota & Latihan murid

Bengkel / Makmal / Bilik-bilik Khas

Kelas Pra sekolah

Kelas Pemulihan Khas / Pemulihan

Program-program Khas KPM & JPNS

- KRK

- LINUS

- STF

- PROBIM / PROTIM

- dan lain-lain

ANALISIS BILANGAN SEKOLAH DAN GURU YANG DICERAP

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(P & P)

PADA 10 OGOS 2010

BIL

NAMA PEMANTAUAN

BIL SEKOLAH

JUMLAH

BIL GURU DI CERAP

JUMLAH

SR

SM

SEKOLAH

SR

SM

GURU

1

PEMANTAUAN SPA

19

3

22

97

20

117

2

BIDANG BAHASA

13

4

17

65

20

85

3

BIDANG SAINS KEMASYARAKATAN

4

3

7

25

16

41

4

BIDANG SAINS / MATEMATIK

2

2

4

5

7

12

5

BIDANG TEK. VOKASIONAL

12

22

34

14

48

62

6

BIDANG ICT & PENGKOMPUTERAN

3

11

14

3

11

14

7

PEMANTAUAN INDIVIDU (PROGRAM)

146

5

151

143

11

154

JUMLAH KESELURUHAN

199

50

249

352

133

485

Rumusan Pelaporan

Lawatan Penyeliaan & Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik 2010

Pengurusan Kurikulum

1. Buku Rekod Mengajar

- Ramai guru yang tidak mencatatkan refleksi atau impak selepas setiap P&P

atau penulisannya terlalu subjektif , tiada ukuran untuk dijadikan panduan

- Kebanyakan guru mencatatkan aktiviti dalam penulisan rancangan harian terlalu ringkas

Aktiviti yang dicatat tanpa mengambilkira tahap pencapaian murid.

Kebanyakan guru tiada catatan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hanya menyertakan cetakan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai RPT.

- Melampirkan RPT dan Sukatan Pelajaran yang telah lusuh atau tulisan yang tidak terang /sukar dibaca. Ada yang mencatatkan disimpan pada fail yang berasingan tetapi tidak disertakan untuk rujukan, ianya sepatutnya mudah diakses bila diperlukan

- Helaian Rekod Penghargaan, Pertemuan Profesional dan Aktiviti Guru tiada catatan , ianya memudahkan pihak pentadbir untuk membuat penilaian prestasi.

- Ada guru yang tidak membawa Buku Rekod Mengajar – satu kesalahan. Guru perlu menghayati nota dan catatan yang disertakan dimuka hadapan BRM sebagai panduan dan rujukan.

2. Proses Pengajaran & Pembelajaran

- Guru masih menggunakan cara tradisional – penyampaian yang tidak menarik dan mencatat atas papan tulis. 9 kaedah pedagogi baru yang diperkenalkan tidak digunakan.

- Kaedah yang digunakan kaedah yang berpusatkan guru.

- Guru banyak menggunakan kaedah ceramah ( lecture) tanpa mengambilkira tahap pencapaian dan kebolehan murid.

- Setiap P&P perlu dimulakan dengan set induksi yang relevan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk dikaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.Aktiviti yang menarik yang ada hubung kait dengan pelajaran dan aktiviti pengukuhan . Guru sering menggunakan aktiviti mebaca buku teks secara bergilir didalam kelas . Kaedah ini tidak sesuai untuk matapelajaran Sains, Kajian Tempatan , Kemahiran Hidup dan matapelajaran lain selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

- Kemudahan ICT – makmal komputer, course ware, Astro ( TV Pendidikan) dengan pendekatan yang lebih menarik tidak digunakan dengan meluas.

- Penggunaan ABM / BBM – terlalu minimum menyebabkan proses P&P membosankan dan kurang berkesan.

- Aktiviti amali untuk matapelajaran Sains dan Kemahiran Hidup kurang dijalankan. Murid hanya belajar secara teori atau maya sahaja.

- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ditempat mengajar kelas peperiksaan tanpa memberikan bimbingan terlebih dahulu. GSTT perlu diberi bimbingan dan tunjukajar oleh guru-guru berpengalaman dan terlatih.

- Pencerapan rakan sebaya, ketua panitia dan pentadbir perlu diamalkan dengan berjadual, berkala dan konsisten untuk membantu dan memberi komen membina

- P&P Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tidak dipisahkan . Guru yang mengajar bukan guru opsyen dan silih berganti setiap tahun dan ramai. Diajar tanpa mengikut sukatan pelajaran yang betul. Peralatan kurang seperti ragbi, hoki dan badminton.

- P & P Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik – tiada bilik Muzik Khas menyebabkan menganggu kelas yang berdekatan. Guru yang mengajar bukan guru opsyen menyebabkan kemahiran dan pengetahuan guru terhad. Bilik muzik sering diletakkan di tingkat atas menyebabkan guru dan pelajar menghadapi kesukaran memindahkan peralatan bila diperlukan untuk membuat persembahan.

- P&P Sains- guru jarang membuat eksperimen , jika dibuat dalam kumpulan yang besar.

Menyebabkan murid kurang minat mempelajari Sains

- Guru bukan opsyen hendaklah diberi bimbingan dan latihan berkala.

3. Buku Nota / Buku Latihan

Dikebanyakan sekolah :-

- Nota dan latihan yang diberi guru tidak mencukupi

- Tidak diperiksa dengan teliti, teguran/ulasan asas penulisan buku nota /buku tulis

· Tulisan murid yang tidak kemas

· Tarikh dan hari tidak dicatat

· Garisan tepi sebelum memulakan tugasan

· Ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil

· Buku nota / buku tulis yang kotor dan koyak

- Tiada catatan penghargaan atas kerja murid yang baik dan kemas.

- Tidak ada tindak susulan atas segala teguran yang dbuat.

- Murid wajib membuat pembetulan atas segala kesilapan bagi tujuan mengulangkaji.

4. Fail Panitia Matapelajaran

- Penyediaan fail panitia yang lengkap , kemas dan mudah diakses

- Catatan minit mesyuarat yang menggunakan format lama

- Mesyurat kurikulum sekolah , agendanya hanya membincangkan hal-hal pengurusan ( house keeping) lebih banyak digunakan oleh pentadbir untuk memberikan taklimat.

- Seharusnya mesyuarat kurikulum di gunakan untuk membincangkan tahap pencapaian /prestasi murid. Aktiviti yang sesuai dijalankan oleh membantu mempertingkatkan

Prestasi murid. Post mortem perlu dibuat.

- Didalam mesyuarat kurikulum sasaran keputusan sekolah berdasarkan headcount yang dibuat dengan menggunakan panduan dan rujukan dari pelan strategik sekolah.

- Mesyuarat panitia digunakan untuk membincangkan sasaran murid mengikut matapelajaran. Setiap ujian/peperiksaan dalaman hendaklah dibuat JSU soalan. Post mortem terperinci untuk keputusan, soalan dan pencapaian murid berdasarkan matapelajaran.

5. Bengkel / Makmal/Bilik-bilik Khas

5.1 Bengkel KHSR

- Bengkel yang dibina khas , lengkap dengan perabot dan peralatan

- Bengkel yang diubahsuai ada yang lengkap dan dijaga rapi tetapi banyak yang tidak kondusif dan padat jika satu kelas 35 ke 40 orang murid dalam satu-satu masa

peralatan yang tidak mencukupi menyebabkan aktiviti amali lambat dan tidak berjalan lancar.

- Tiada bengkel – bahan dan peralatan disimpan didalam stor sukan atau stor am sekolah,

Kelas amali dijalankan di bilik darjah atau kantin atau kaki lima kelas – tidak selesa dan tidak sesuai.

5.2 Bengkel Bidang Teknik & Vokasional – KHB/MPV/LKTK

- Bengkel ERT kebanyakannya terjaga rapi dan ceria

Ada bengkel kerja kayu, kerja paip dan kerja elektronik-tidak tersusun , tidak berlabel dan peralatan tidak dijaga baik.

- Kebanyakan bengkel pertanian, terbiar dan tidak terjaga .

- Kebanyakan bengkel MPV dalam keadaan baik dan selesa untuk P&P,

Bengkel LKTK – sekolah yang menawarkan matapelajarn tersebut – bengkel terjaga

Sekolah yang tidak menawarkan matapelajaran tersebut tetapi ada bengkel – bengkel tidak terjaga atau dijadikan kelas. Bengkel berada di tingkat atas – Tingkat 3 peralatan yang besar dan terlalu berat di tempatkan dibawah – tempat yang tidak sesuai

5.3 Makmal Sains ( Sekolah Menengah) Bilik Sains ( Sekolah Rendah)

- Banyak makmal Sains yang telah lama dan uzur fizikalnya – perabot rosak dimakan anai-anai

- Penggunaannya tidak maksimum

- Proses pelupusan bahan-bahan berbahaya sukar dan mahal.

- Makmal Sains/ Bilik Sains perlu diaudit setiap tahun supaya makmal diurus mengikut prosedur yang betul.

5.4 Makmal Bahasa

- Tidak digunakan secara maksimum

- Tiada bekalan bahan, courseware perlu dibina sendiri oleh guru.

- Peralatan telah rosak dan bila dilaporkan ke JPNS , dimaklumkan bahawa tiada peruntukan

untuk membaikpulih, penggunaan kaset telah ketinggalan zaman , sukar mendapat bekalan.

5.5 Makmal Komputer

- Penggunaannya tidak secara maksimum

- Banyak komputer dalam makmal komputer rosak yang tidak boleh digunakan.

- Bilangan yang sedikit menyebabkan murid perlu berkongsi

- Internet tidak dapat diakses atau terlalu perlahan menyebabkan program seperti ZOOM A tidak berjaya.

- Peruntukan khas perlu untuk kos penyelenggaraan peralatan komputer.

6. Pengurusan Headcount

- Headcount dibuat sekadar memenuhi keperluan PPD atau JPNS tetapi tidak dijadikan alat/tools untuk membantu memajukan prestasi murid.

- Ada disediakan tetapi ada kekeliruan atau kesilapan.

- ETR murid yang lemah disasarkan gagal- sepatutnya disasarkan markah yang minimum lulus dan guru akan berusaha membantu murid kearah itu.

- Perbincangan dua hala murid dan guru perlu ada – murid perlu tahu sasaran yang dibuat atau murid yang menentu sasaran atas bimbingan guru.

- Headcount pelu dipamer dalam kelas atau meja murid atau buku nota/latihan murid agar murid sentiasa peka dengan sasaran yang dibuat.

- Post mortem perlu dibuat oleh murid dan guru selepas setiap ujian atau peperiksaan untuk menentukan sasaran yang telah dibuat, jika dibawah paras yang disasar perlu buat post mortem tetapi jika menepati atau melepasi sasaran, sasaran baru perlu dibuat- mengelakkan murid berada dalam zon selesa.

(C). LAPORAN PRA SEKOLAH

1. DATA BILANGAN KELAS PRASEKOLAH KPM MENGIKUT JENIS SEKOLAH DAN LOKASI 2010

BIL

DAERAH

LOKASI

JUMLAH BESAR

BANDAR

LUAR BANDAR

SK

SJKC

SJKT

SKA

JUMLAH

SK

SJKC

SJKT

SKA

JUMLAH

01

SEREMBAN

29

0

0

0

29

42

0

1

0

43

72

02

TAMPIN

4

0

0

0

4

21

3

3

0

27

31

03

P. DICKSON

1

0

1

0

2

20

1

0

0

21

23

04

K.PILAH

6

0

0

0

6

30

1

1

0

32

38

05

JEMPOL

0

0

0

0

0

36

2

1

1

40

40

JELEBU

3

0

0

0

3

11

3

0

1

15

18

06

REMBAU

3

0

0

0

3

14

1

0

0

15

18

JUMLAH N. SEMBILAN

48

0

1

0

47

174

11

6

2

193

240

2. JUMLAH SEKOLAH YANG MELAKSANAKAN KELAS PRASEKOLAH IALAH 172 BUAH SEKOLAH

3. DATA MURID PRASEKOLAH MENGIKUT DAERAH TAHUN 2010

BIL

DAERAH

MURID LELAKI

JUMLAH

MURID LELAKI

MURID PEREMPUAN

JUMLAH

MURID PEREMPUAN

JUMLAH

BESAR

M

I

C

LAIN-LAIN

M

I

C

LAIN-LAIN

01

SEREMBAN

724

12

12

5

752

709

28

6

2

745

1497

02

TAMPIN

207

39

26

3

256

260

45

23

2

330

605

03

P. DICKSON

232

12

12

2

258

232

15

14

7

268

526

04

K.PILAH

329

12

5

8

354

289

20

7

8

324

678

05

JEMPOL

372

13

20

7

412

371

11

11

4

397

809

JELEBU

144

3

25

4

176

110

15

17

2

144

320

06

REMBAU

166

-

15

-

181

151

-

10

-

161

342

JUMLAH N. SEMBILAN

2174

101

104

29

2408

2122

134

88

25

2369

4777

4. JUMLAH GURU PRASEKOLAH TAHUN 2010

BILANGAN GURU

GRED JAWATAN

89 ORANG

DGA 29

75 ORANG

DGA 32

73 ORANG

DG 41

3 ORANG

DG 44

JUMLAH GURU PRASEKOLAH SERAMAI 240 ORANG

5. PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK )TAHUN 2010

a. Pendedahan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) kepada semua Pegawai

Prasekolah di JPNS pegawai prasekolah di PPD Juru Latih Utamaperingkat negeri serta semua guru prasekolah seluruh Negeri Sembilan telah dijalankan bermula pada bulan Oktober 2009.

Tarikh

Nama kursus

Tempat

Kehadiran

12 -15 Okt 2009

Kursus Orientasi Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan 2009

Regency Resort Port Dickson

Penyelia prasekolah JPNS

Dan 12 orang Jurulatih Utama

01 – 04 Dis

2009

Kursus Orientasi Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan 2009

Hotel Orkid Melaka

Seramai 120 orang peserta dari PPD Seremban, kuala Pilah dan Rembau termasuk Penyelia prasekolah

(Pengurusan)

6 orang Penyelia Prasekolah dari semua PPD

07 – 10 Dis

2009

Kursus Orientasi Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan 2009

Hotel Emperor Melaka

Seramai 120 orang peserta dari PPD Jempol/Jelebu , Tampin dan Port Dickson termasuk Penyelia prasekolah

(Pengurusan)

6 orang Penyelia Prasekolah dari semua PPD

27-29 Jun

2010

Kursus Kurilulum Standard Prasekolah Kebangsaan bagi guru yang belum mengikuti Kursus KSPK

Hotel Lisbon Melaka

Guru yang baru dilantik seramai 18 orang.

b. Kurikulum Standarad Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) adalah perlu dilaksanakan pada Januari 2010 mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 9 Tahun 2010.

c. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) juga dibincangkan semasa kursus dijalankan.

6. KURSUS DAN TAKLIMAT PENINGKATAN PROFESIONAL BAGI GURU PRASEKOLAH

Tarikh

Kursus / Taklimat

Tempat

Kehadiran

Status

01-03 Jun

2010

Kursus Literaci ICT

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Sepang

50 peserta

Sudah dilksanakan dengan 100 % kehadiran

04 – 06 Okt

2010

Kursus Literaci ICT

Hotel Putera Kuala Lumpur

72 peserta

Belum dilaksanakan

12Okt

2010

Taklimat Modul Pentaksiran Prasekolah

SK Jempol

Semua guru prasekolah dari PPD Jempol/Jelebu,

Kuala Pilah dan Tampin

Belum dilaksanakan

13 Okt

2010

Taklimat Modul Pentaksiran Prasekolah

SMK Pendeta Zaaba Paroi Jaya

Semua guru prasekolah dari PPD Seremban,Rembau dan port Dickson

Belum dilaksanakan

18 – 20 Okt 2010

Kursus Profesinalisme bahasa Inggeris bagi Guru Prasekolah

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Sepang

48 peserta

Belum dilaksanakan

26 – 28 Okt 2010

Kursus Profesinalisme bahasa Inggeris bagi Guru Prasekolah

Hotel Brisdale Kuala lumpur

48 peserta

Belum dilaksanakan

Pemantauan bermula dari bulan Januari dan telah dilaksananakan bersama dengan

i. Pemantauan PBG

ii. Pemantauan SPA

iii. Pemantauan Bidang

Bilangan sekolah yang dilawati

Bilangan guru

32 buah

38 orang

iv. Hasil dapatan Pemantauan / kursus serta taklimat dilaksanakan dalam tahun 2010,

Dapatan

· Lebih 95 % guru prasekolah memahami kehendak KSPK dan telah pun memberi taklimat pelaksanaannya kepada pihak pentadbir.

· Guru telah menjalankan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan 600 minit pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

· Di sekolah SJKC dan SJKT , pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu 400 minit dalam Bahasa Melayu,400 minit dalam Bahasa Inggeris dan 400 minit dalam Bahasa Ibunda.

· Kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari iaitu selama 4 jam sehari.

· Tumpuan pelaksanaan p&p adalah 65 % pengajaran teras dan 35 % pengajaran tema diawal tahun sehingga Jun.

· Guru juga cuba mencapai objektif menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul ) untuk semua murid prasekolah yang tiada masaalah pembelajaran.

· Guru ada menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT ) dan menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH ) tetapi kurang menepati format yang telah dicadangkan semasa kursus KSPK, iaitu 3 elemen perlu ditulis iaitu Objektif, Aktiviti dan Impak.

· Terdapat sebilangan kecil guru prasekolah ( 5.26 % ) tidak melaksanakan KSPK dan guru Pendidikan Islam (2.63 % ) masih menggunakan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah tahun 1992.

· Terdapat juga sebilangan kecil ( 6.25 % ) Guru Besar yang tidak memahami KSPK.

· Pada keseluruhannya sepanjang kursus dan taklimat yang dijalankan oleh pihak Jabatan Anjuran bersama Bahagian pendidikan Guru dan Bahagian pembangunan Kurikulum mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak pentadbiran sekolah memandangkan purata kehadiran adalah melebihi 90 %.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment