Thursday, October 14, 2010

MEMILIH ITEM UJIAN

MEMILIH ITEM UJIAN
[ Bagaimana Di Katakan Item Ujian Berfungsi ? ]

Kandungan ujian adalah kriteria yang penting dalam menentukan pemilihan ujian “norm-reference” atau pun ujian “criterion-reference”. Kandungan ujian norm-reference biasanya mengukur perbandingan pencapaian pelajar berkemampuan tinggi dengan pelajar berkemampuan rendah manakala kandungan ujian berasaskan kriteria ditentukan dengan bagaimana kandungan ujian tersebut dapat mengukur hasil pembelajaran yang difikirkan mustahak. Walaupun tiada ujian dapat menyatakan yang mana satu adalah penting atau mustahak, kandungan yang ditentukan dalam ujian berasaskan kriteria adalah dipilih berdasarkan kepentingan kurikulum sementara kandungan ujian norm-reference adalah dipilih berdasarkan sejauhmanakah ujian tersebut dapat membezakan atau membandingkan pelajar.
Mana-mana ujian nasional, negeri maupun daerah akan memaklumkan tahap kemahiran yang patut diperolehi dan tahap pencapaian yang memuaskan. Oleh itu, mana-mana pegawai pendidikan seharus dan sepatutnya memberi tumpuan utama terhadap memilih kandungan ujian yang sesuai atau yang dibentuk. Bagi penduduk Malaysia yang mementingkan skoran yang tinggi, kandungan ujian berpusat akan mempengaruhi pembangunan kurikulum matapelajaran dan piawaian ditahap cemerlang.
Ujian norm reference yang sedia ada dikatakan menumpukan kemahiran asas tahap rendah . Kenyataan ini adalah bertentangan dengan cadangan penyelidikan mengenai pengajaran dan pembelajaran yang mahukan pendidik menumpukan kepada konsep kefahaman dan aplikasi kemahiran. Bagi memastikan penyediaan ujian pencapaian piawai, pendidik biasanya akan menumpukan masa pengajaran dengan mengajar apa yang terdapat didalam ujian yang bakal di hadapi. Ini ada kebenarannya terutama jika ujian yang dijalankan akan mengukur pencapaian dan kebolehan pendidik tersebut. Desakan yang mahukan pelajar mendapat keputusan cemerlang, memberi tekanan keatas pendidik yang menyebabkan pelajar memperolehi tahap kemahiran yang rendah.
Bagi membolehkan pengetahuan bersama, artikel ini akan cuba memberi sedikit perkongsian pengetahuan dan adalah terbuka kepada perbincangan. Contoh yang akan digunakan adalah contoh item subjektif dari mata pelajaran vokasional Membuat Perabot. Kebiasaannya, sebelum sesuatu ujian diterima dan diguna pakai untuk tujuan peperiksaan, pendidik hendaklah menjalankan pra-ujian keatas pelajar-pelajar.
Item-item ini biasanya dibina ketika mesyuarat perealisasian item. Panel pembina item yang adalah terdiri dari guru-guru yang terpilih dikalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Membuat Perabot di sekolah berkaitan. Item dibina mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah di perakui Lembaga Peperiksaan Malaysia dan guru-guru terlibat akan memulakan kerja membina item di mesyuarat tersebut. Panel akan mula menetapkan item ujian yang telah dipersetujui dengan menyemak samada item ujian menepati konstruk dan kandungan konteks dan mematuhi kriteria sembilan point.

Setelah dipersetujui, panel of review (yang biasa terdiri dari Ketua Bidang/Ketua UNIT dan empat hingga lima pegawai unit) akan menjalankan proses menyemak (review). Setelah diterima oleh panel of review barulah item ujian yang telah diperakui dihantar untuk dicetak dan diberikan kepada pegawai pembina yang kemudiannya akan menjalankan pra-ujian disekolah-sekolah yang dilawati.

Selepas tamat lawatan pra-ujian disekolah, pegawai pembina akan akan mengambil data skoran yang diperolehi dari guru/pemeriksa kertas dan dengan mengunakan kaedah menganalisa item subjektif dari Unit Psikometri (OGIF 2003/2004), pegawai pembina akan menganalisa data skoran yang diperolehi dan memaklumkan keputusan hasilan kepada Ketua Sektor Pembinaan dan Pengeluaran Ujian untuk tindakan selanjutnya. Kebiasaannya, jika item ujian tidak memenuhi kehendak spesifikasi, item ujian akan diganti, dibina semula ataudibuang jika perlu.

Bagaimana dikatakan item ujian tersebut berfungsi seperti yang dikehendaki ? Sebagai contoh permulaan dua item aras kesukaran rendah, satu item aras kesukaran sederhana dan satu item aras kesukaran tinggi akan digunakan untuk menerang maksud. Item-item ini telah di uji keatas pelajar di beberapa sekolah menengah vokasional yang menawarkan mata pelajaran vokasional Membuat Perabot.
Dari dapatan analisa skoran, tumpuan adalah keatas perkadaran (nilai P), indeks diskriminasi (nilai ID) dan nilai delta.

Indeks S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 S15 Skor
Aras Kesukaran R R R R R R R R R R S S S T T
N (Jumlah Skor) 269 362 258 203 277 221 278 451 144 102 451 75 253 207.5 90 3641.5
P (Perkadaran) 0.485 0.630 0.457 0.369 0.490 0.395 0.510 0.791 0.257 0.210 0.410 0.082 0.234 0.218 0.099 0.314
IC (Indeks Cuba) 0.905 0.940 0.922 0.897 0.922 0.914 0.888 0.931 0.914 0.784 0.897 0.733 0.879 0.767 0.733 0.948
(ID)Indeks Diskriminasi 0.246 -0.225 -0.076 0.258 0.258 0.067 0.125 0.198 0.706 0.630 0.285 -0.069 0.161 -0.028 0.053 0.329
Nilai Delta 13.2 11.7 13.5 14.4 13.1 14.1 12.9 9.8 15.7 16.2 13.9 18.5 16 16.2 18.4 15


Jadual 1. Contoh Data Analisa Skoran Pra-Ujian Mata Pelajaran Membuat Perabot
Pegawai pembina akan menganalisa dan menginterpretasikan setiap item ujian yang diperolehi. Untuk perbincangan, S2R, S6R, S8R, S12S, S13S dan S15T akan digunakan.
Perkadaran (Nilai P)
Nilai P boleh digunakan untuk memberi ukuran aras kesukaran item (Dr.Jamil,2004).
Untuk menerangkan maksud jadual, nilai P bagi S2R adalah 0.630, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 63.0 %, ini memberi erti 63.0% pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S6R adalah 0.395, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 39.5 %, ini memberi erti 39.5 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S8R adalah 0.791, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 79.1 %, ini memberi erti 79.1 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S12S adalah 0.082, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 8.2 %, ini memberi erti 8.2 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S13S adalah 0.234, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 23.4 %, ini memberi erti 23.4 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai P bagi S15T adalah 0.099, yang bermaksud aras kesukaran item ujian tersebut adalah 9.9 %, ini memberi erti 9.9 % pelajar berjaya menjawab item ujian tersebut dengan betul.
Nilai Delta
Nilai Delta ialai nilai P bagi setiap opsyen yang telah ditukar kepada skor mentah kepada skor standard dengan min 13 dan sisih piawai 4. Nilai Delta juga memberi ukuran aras kesukaran item atau ujian. Semakin kecil nilai P, semakin sukar item atau ujian m manakaln bagi nilai Deltam semakin kecil Delta semakin mudah item atau ujian. Item yang dianggap sederhana mudah ialah yang mempunyai nilai Delta 13.0. (OGIF 2004, pp12)
Jadual 2, menunjukkan dapatan nilai P bagi S2R, S6R, S8R, S12S, S13S dan S15T dengan menggunakan Jadual Nilai Delta.

Item Ujian Nilai P Nilai Delta
(Indeks Kesukaran) Penilaian Item
S2R 0.63 11.7 Mudah tetapi boleh terus digunakan
S6R 0.395 14.1 Sederhana dan boleh terus digunakan
S8R 0.791 9.8 Mudah. Boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
S12S 0.082 18.6 Terlalu sukar. Tidak sesuai digunakan
S13S 0.23 16.0 Sukar. Boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
S15T 0.099 18.4 Terlalu sukar. Tidak sesuai digunakan

Jadual 2 Penilaian Item -Dapatan Nilai P


Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi ialah indeks yang memberi ukuran sejauh mana ujian dan item-item mendisrikinasikan calon berkebolehan tinggi daripada yang sebaliknya. Semakin tinggi nilai indeks tersebut semakin baik ujian atau item tersebut dapat mendiskriminasikan calon. Indeks diskriminasi ujian diberi oleh nilai min r-point biserial iaitu koeffisen korelasi di antara skor item dengan jumlah skor. Ukuran ini dapat memberi maklumat tentang kepelbagaian skor yang diterima oleh pelbagai jenis dan kebolehan calon. Lembaga Peperiksaan Malaysia memberi penilaian ke atas nilai-nilai indeks diskriminasi seperti berikut :
Indeks Diskriminasi Penilaian Item
0.4 ke atas Sangat Baik
0.30 hingga 0.39 Baik dan boleh terus digunakan
0.20 hingga 0.29 Baik tetapi mungkinboleh diperbaiki dan diprauji semula sebelum digunakan
0.15 hingga 0.19 Item ini boleh digunakan dengan syarat diperbaiki dan diprauji semula
0.14 ke bawah Sangat tidak baik. Item ini perlu ditolak atau dikaji semula

Jadual 3. Perbandingan Nilai Indeks Diskriminasi dengan Jadual Penilaian Item

Rujukan :
http://mamo60.tripod.com/memilihitemujian.htm

1 comment:

  1. What is the RTP of casino game slots? - DRMCD
    What is the RTP of casino game slots? 이천 출장마사지 1 answerI think 파주 출장마사지 most slot game casinos make their payouts. 1 answerI 공주 출장마사지 think most slot game casinos make their payouts. 통영 출장안마 1 answer 서산 출장안마

    ReplyDelete